Dua remaja lelaki ditahan disyaki rogol gadis 15 tahun

31 Jul 2026 • 10:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua remaja lelaki ditahan disyaki rogol gadis 15 tahun
Polis menahan dua remaja lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kes rogol. Foto hiasan

​BESUT - Polis menahan dua remaja lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan seorang remaja perempuan di Jerteh, di sini.

​Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, penahanan itu susulan laporan diterima berhubung kejadian menimpa mangsa yang merupakan remaja perempuan berusia 15 tahun.

​Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6 petang pada 30 Julai lalu di sebuah rumah di Jerteh.

​"Remaja berkenaan telah tampil membuat laporan polis dan kemudian dirujuk ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

​"Susulan laporan itu, pihak polis telah menahan dua suspek lelaki berumur 16 tahun bagi membantu siasatan.

"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

​Mengulas lanjut, Mohd Rozaime berkata, pihaknya memandang serius setiap kesalahan jenayah seksual khususnya yang melibatkan golongan remaja.

​Jelas beliau, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang.

​Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan golongan remaja supaya sentiasa mengutamakan keselamatan diri, menjaga batas pergaulan serta mengelakkan sebarang situasi yang boleh mendedahkan diri kepada risiko jenayah.

​"Ibu bapa dan penjaga pula diseru agar sentiasa memberikan perhatian, memantau pergerakan serta pergaulan anak-anak, di samping memberikan bimbingan dan sokongan berterusan demi keselamatan mereka.

​"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang boleh menjejaskan siasatan serta sensitiviti keluarga terlibat," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved