Dua senior didakwa bunuh pelajar tingkatan 2

8 Oct 2026 • 11:55 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua senior didakwa bunuh pelajar tingkatan 2

KUALA PILAH – Dua remaja lelaki berusia 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar tingkatan dua di asrama sebuah sekolah, Kuala Pilah, pada 25 September lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama menyebabkan kematian pelajar junior berkenaan di Blok A, Asrama Putera, sekolah berkenaan di antara pukul 7.30 malam hingga 8.50 malam pada tarikh berkenaan.

Pertuduhan terhadap kedua-dua remaja itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

Prosiding di hadapan Hakim Roslinda Razali yang bertindak sebagai Majistret itu dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah.

Manakala, kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Datuk Hanif Hassan dan Muhd Wajih Zakwan Hanif.

Menurut Hanif, mahkamah menetapkan 7 Disember depan bagi mendapatkan laporan patologi, laporan kimia dan laporan forensik berhubung kes berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Dua senior didakwa bunuh pelajar tingkatan 2 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved