
WARSAW: Seorang remaja berusia 15 tahun menikam penjaga sekolah lamanya hingga maut dan mencederakan dua lagi orang dewasa di Poland pada Khamis, sehari selepas serangan pisau serupa mencederakan sembilan orang di sebuah sekolah menengah di negara itu, kata polis.
Polis menahan remaja berkenaan selepas serangan berlaku di Sekolah Rendah John Paul II di Leszczydol-Nowiny, sebuah pekan kecil kira-kira 70 kilometer di timur laut Warsaw, kata jurucakap polis kepada AFP.
“Penjaga sekolah merupakan orang pertama yang diserang oleh bekas pelajar itu,” kata Katarzyna Kucharska, jurucakap polis wilayah Warsaw.
“Seorang guru dan pengetua sekolah kemudian berjaya menangkapnya, walaupun dia menyerang mereka dengan senjatanya,” tambahnya.
Penjaga sekolah berusia 37 tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya, kata polis wilayah menerusi X.
Polis turut menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di sebuah lagi bandar di Poland selepas dia menyatakan hasrat untuk melakukan sesuatu yang hebat di sekolahnya.
Polist urut menemui sebuah beg mengandungi dua bilah pisau di apartmennya. – AFP
The post Remaja tikam bekas penjaga hingga maut di sekolah appeared first on Utusan Malaysia.





