Duda sujud syukur bebas amang seksual bukan fizikal anak

15 Oct 2026 • 1:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Duda sujud syukur bebas amang seksual bukan fizikal anak

Image from: Duda sujud syukur bebas amang seksual bukan fizikal anak

KLANG – Seorang duda menarik nafas lega apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap anak kandungnya dua tahun lalu.

Sejurus mendengar keputusan yang dibacakan Hakim Siti Aminah Ghazali di akhir kes pembelaan, tertuduh yang berusia 48 tahun melakukan sujud syukur di galeri mahkamah

Siti Aminah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah.

“Setelah meneliti keseluruhan keterangan, ekshibit dan hujahan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes di luar keraguan munasabah.

“Oleh itu, mahkamah melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan sebanyak RM25,000 dikembalikan kepada tertuduh yang merupakan penguji bas elektrik (EV).

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap anak perempuannya berusia 17 tahun dengan cara menyatakan kata lucah bagi tujuan seksual.

Kesalahan itu dibuat di kawasan parkir kereta Jalan Gopeng di sini, kira-kira pukul 9.30 malam pada 30 Julai 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, duda kepada enam anak itu boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya sekali.

Dia juga boleh dikenakan hukuman tambahan penjara sehingga lima tahun dan sebatan tidak kurang daripada dua kali sebagai tambahan kepada hukuman di bawah Seksyen 15 sebagai orang yang mempunyai amanah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik yang telah mengemukakan seramai lima saksi pendakwaan manakala pembelaan diwakili Peguam Khairul Naim Rafidi mengemukakan dua saksi.-KOSMO! ONLINE.

The post Duda sujud syukur bebas amang seksual bukan fizikal anak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved