![“Duit Isteri Adalah Duit Isteri” – Ustaz Elyas Ulas Babak Suami Curi Duit Isteri Dalam Drama ‘Suamiku Anak Mak’ [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/Duit-Isteri-Adalah-Duit-Isteri-Ustaz-Elyas-Ulas-Bab-Nafkah-Suami-Kepada-Pasangan-Ibu-Selepas-Berkahwin-Video.jpg)
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak belakangan ini, tular klip-klip drama Suamiku Anak Mak dibintangi Emma Maembong yang memegang watak Zaraa dan Keith Foo sebagai Haris.
Antara babak yang mendapat perhatian ramai termasuk pendakwah bebas, Ustaz Elyas Ismail apabila Haris telah kantoi secara senyap mencuri duit isterinya, Zaraa di dalam almari demi membelikan ibunya lauk ikan patin yang diidamkan.
“Duit Sayang Adalah Duit Abang Juga & Duit Abang Adalah Duit Mak!” – Haris
Menerusi video berkenaan, kelihatan Zaraa meluahkan rasa kecewa dan berang selain berkata suaminya tidak sepatutnya menggunakan duitnya tanpa kebenaran. Menurut Zaraa, Haris seharusnya menunggu gaji seterusnya untuk membeli ikan demi menunaskan keinginan si ibu.
Namun Haris mempunyai pandangan berbeza mengenai perkara itu. Katanya, “Konsep dia macam ni. Duit sayang, adalah duit abang juga dan duit abang adalah duit mak!”
Duit Isteri Adalah Hak Isteri Sepenuhnya, Bukan Suami – Ustaz Elyas Ismail
Bagaimanapun jelas Ustaz Elyas, konsep tersebut adalah salah sama sekali. Jelasnya, duit isteri merupakan hak isteri itu sepenuhnya dah sekiranya si isteri itu masih menghulurkan wang, maka itu dikira sebagai perbuatan ihsan kepada suami.
“Ikut kursus kahwin mana ni?” soalnya.
Suami Wajib Dahulukan Nafkah Kepada Anak & Isteri Sebelum Ibu Bapa – Ustaz Elyas
Tegasnya, suami wajib memberi nafkah kepada isteri. Menurut ayat dipetik Imam Al-Shawkani, para ulama bersepakat bahawa suami wajib mendahulukan nafkah anak dan isteri sebelum ibu bapa.
“Nafkah kepada keluarga tetap wajib meskipun ketua keluarga jatuh miskin. Sedangkan nafkah kepada ibu bapa hanya jadi wajib sekiranya anak tu mampu.
“Tak kisahlah mak tu nak patin ke, nak nenas ke, atau durian Musang King sekalipun, mesti dahulukan isteri dan anak-anak terlebih dahulu.
“Kalau ada lebihan atau ada lagi kemampuan barulah beri kepada ibu bapa. Tapi Haris, ambil duit isteri untuk nak belikan patin mak, ui ni buat malu company,” kata Ustaz Elyas secara berseloroh.
View on Threads
Bagi Nafkah Kepada Ibu Bapa Bukan Kewajipan Anak Melainkan Atas 2 Syarat – Ustaz Elyas Ismail
Tambah beliau, nafkah kepada ibu bapa juga adalah bukan satu kewajipan bagi seorang anak kecuali dalam dua keadaan iaitu:
- Ibu bapa miskin dan memerlukan bantuan
- Anaknya mempunyai lebihan harta setelah nafkah yang diberikan kepada keluarganya
Untuk info, drama Suamiku Anak Mak mengisahkan seorang anak yang terlampau menyanjungi ibunya sehingga sanggup menganiaya isteri dan mengambil harta isterinya tanpa kebenaran demi membahagiakan ibunya, Mak Leha lakonan Dian P. Ramlee dengan alasan ‘ibu adalah syurganya’.
Mak Leha yang tidak merestui hubungan anaknya itu pula sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan rumah tangga suami isteri tersebut porak-peranda dan tidak bahagia ini termasuklah memfitnah Zaraa mencederakan dirinya.
Baca Artikel Berkaitan: Nafkah Ikut Kemampuan Suami, Bukan Kehendak Isteri – Peguam Syarie [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Dipersoal Bagi Isteri Nafkah RM2,000 Sebulan, Dr Say Tampil Beri Penjelasan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya



