DUN Kelantan: Kelantan ketiga terbesar miliki liputan hutan 

LocalEnvironment
11 Aug 2026 • 11:31 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: DUN Kelantan: Kelantan ketiga terbesar miliki liputan hutan 

KOTA BHARU: Kelantan muncul negeri ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia yang memiliki kawasan liputan hutan melibatkan keluasan 778,708.34 hektar atau 51.79 peratus daripada keseluruhan keluasan negeri.

Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri komited mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus keluasan kawasan berhutan selaras dengan Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia.

“Keluasan kawasan berhutan itu turut menyokong aspirasi negara ke arah pelepasan karbon sifar bersih melalui usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG).

“Melalui Teras Satu Kelestarian Sumber Hutan, kawasan hutan dan litupan pokok perlu dikekalkan, diurus serta ditingkatkan secara terancang sejajar dengan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus keluasan tanah sebagai hutan dan litupan pokok,” katanya semasa menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chetok Zuraidin Abdullah semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, hari ini.

Mohd. Nassurudin berkata, kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan sedang melaksanakan empat strategi bagi memastikan kawasan berhutan terus dikekalkan dan ditingkatkan.

Katanya, ia termasuk mengenal pasti kawasan tanah kerajaan yang berpotensi untuk diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal dan melaksanakan pewartaan hutan perlindungan mengikut kelas fungsi hutan mengikut Seksyen 10(1) di bawah Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) (Pindaan) No. 3 Tahun 2025.

“Bukan itu sahaja, program pemulihan hutan terosot dan penanaman semula pokok melalui Kempen Penghijauan Malaysia turut dilaksanakan bagi melaksanakan aktiviti operasi hutan untuk membanteras aktiviti teroka haram,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

The post DUN Kelantan: Kelantan ketiga terbesar miliki liputan hutan  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved