Eastern & Oriental catat untung bersih RM221 juta bagi FY26 disokong pelancaran banyak projek baharu

LocalBusiness & Finance
28 Jul 2026 • 4:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Eastern & Oriental catat untung bersih RM221 juta bagi FY26 disokong pelancaran banyak projek baharu Image from: Eastern & Oriental catat untung bersih RM221 juta bagi FY26 disokong pelancaran banyak projek baharu amree28/07/2026 - 16:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 28 JulaiEastern & Oriental Berhad (E&O) mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kira-kira 31 peratus yang mencecah sebanyak RM221.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.

 

Prestasi pecah rekod ini disokong kejayaan pelancaran projek baharu, jualan yang kukuh, serta penyiapan beberapa pembangunan hartanah utama seperti Conlay, The Peak, The Meg, serta Senna dan Fera.

 

Menurut makluman kumpulan tersebut kepada Bursa Malaysia, ia mencatatkan hasil tertinggi sebanyak RM867.6 juta, iaitu peningkatan kira-kira 17.1% daripada hanya sebanyak RM741.1 juta pada FY25.

 

"Segmen hartanah menyumbang pendapatan RM753.9 juta, susulan pengiktirafan hasil yang lebih tinggi daripada projek sedia ada serta pelancaran baharu seperti AVÉA, dan Laman Embun," tambah E&O.

 

Pendapatan segmen hospitaliti pula meningkat kepada RM108.6 juta, dipacu oleh kadar penginapan yang lebih tinggi di E&O Residences, serta peningkatan kadar bilik purata Hotel E&O di Pulau Pinang.

 

Eastern & Oriental_DagangNews2026

 

Sementara itu ujarnya, keuntungan sebelum cukai (PBT) kumpulan melonjak 35.5% kepada RM293.5 juta, namun sedikit terkesan oleh kerugian pertukaran mata wang asing (forex) sebanyak RM51.7 juta.

 

Berdasarkan kepada perkembangan itu, Lembaga Pengarah bersetuju meluluskan dividen interim sebanyak satu sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026, yang sudah dibayar pada 8 April 2026.

 

"Melangkah ke hadapan, E&O sedang menumpukan kepada fasa pertumbuhan seterusnya di Pulau Andaman di Pulau Pinang menerusi perancangan induk pelbagai pembangunan hartanah komersial baharu," jelasnya.

 

Kumpulan itu turut kekal optimis secara berhati-hati dalam mengemudi landskap ekonomi dan geopolitik yang sentiasa berubah, disokong oleh pengurusan kewangan secara berdisiplin. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved