Gangguan logistik punca keuntungan bersih Power Root jatuh 46% kepada RM18 juta bagi FY26

LocalBusiness & Finance
28 Jul 2026 • 5:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Gangguan logistik punca keuntungan bersih Power Root jatuh 46% kepada RM18 juta bagi FY26 Image from: Gangguan logistik punca keuntungan bersih Power Root jatuh 46% kepada RM18 juta bagi FY26 amree28/07/2026 - 17:10 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 28 JulaiPower Root Berhad mencatatkan penyusutan keuntungan bersih syarikat tersebut sebanyak 45.6% kepada hanya RM18 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 (FY26).

 

Menurut maklumannya kepada Bursa Malaysia, kejatuhan prestasi ini disebabkan isu gangguan logistik terutama pasaran eksport yang mengakibatkan kelewatan penghantaran bahan mentah dan produk siap. 

 

Selain itu ujar kumpulan tersebut, perolehan yang lebih rendah, kerugian bersih dalam terjemahan mata wang asing (forex) serta peningkatan kos kewangan turut direkodkan sepanjang tahun kewangan berkenaan.

 

"Justeru, pengeluar minuman pra-campuran ini mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) yang lebih rendah, berbanding RM33.1 juta pernah direkodkan pada tahun kewangan 2025," tambah Power Root lagi. 

 

Di samping itu, pendapatan kumpulan berkenaan turut menyaksikan penurunan kira-kira 17.7% kepada hanya RM336.8 juta berbanding sebanyak RM409.2 juta pada tahun kewangan yang sebelumnya (FY25). 

 

Penurunan hasil jelasnya, direkodkan berlaku secara ketara di pasaran tempatan berpunca daripada perubahan dalam permintaan campuran jualan dan kejatuhan segmen produk sedia untuk diminum (RTD). 

 

Power Root_DagangNews2026

 

Bagi pasaran eksport, prestasi Power Root terjejas akibat gangguan logistik ke rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) yang berpunca daripada kesan peperangan serta penutupan laluan perkapalan.

 

Pada masa sama ujarnya, pengukuhan nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) turut dikenal pasti memberi impak yang negatif kepada hasil pendapatan eksport syarikat tersebut.

 

"Meskipun berdepan persekitaran mencabar, Lembaga Pengarah tetap membayar dividen keseluruhan sebanyak 4.25 sen sesaham bagi FY26, yang melibatkan pengagihan berjumlah RM17.9 juta," katanya.

 

Mengulas mengenai prospek, pihak pengurusan Power Root menyatakan kebimbangan terhadap ketegangan geopolitik yang dilihat semakin berlarutan serta isu ketidaktentuan kos bahan mentah dan logistik.

 

Bagaimanapun, ia terus menumpukan kepada pengukuhan strategi pemasaran digital, inovasi produk berjenama premium, serta meningkatkan produktiviti operasi agar kekal berdaya saing. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved