Pendapatan Glostrext naik 58% kepada RM55 juta bagi FY26 dijana projek kejuruteraan tenaga

LocalBusiness & Finance
28 Jul 2026 • 12:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pendapatan Glostrext naik 58% kepada RM55 juta bagi FY26 dijana projek kejuruteraan tenaga Image from: Pendapatan Glostrext naik 58% kepada RM55 juta bagi FY26 dijana projek kejuruteraan tenaga amree28/07/2026 - 12:10 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 28 JulaiGlostrext Berhad mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan dengan pendapatan naik 57.83% kepada RM55.16 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 (FY26).

 

Lonjakan itu didorong terutamanya oleh sumbangan signifikan menerusi projek kejuruteraan tenaga pusat data (DC), sekali gus membawa peningkatan keuntungan bersih sebanyak 43.1% kepada RM9.89 juta.

 

Ujarnya, pencapaian tertinggi ini mencerminkan keupayaan syarikat itu dalam memanfaatkan permintaan pesat bagi infrastruktur DC serta pertumbuhan yang terus kukuh dalam segmen perniagaan terasnya.

 

"Selain itu, pengukuhan hasil pada FY26 disokong oleh sumbangan daripada perkhidmatan kejuruteraan tenaga melalui pemerolehan Powertecs System Sdn Bhd," maklum Glostrext kepada Bursa Malaysia.

 

Kumpulan itu yang disenaraikan di Pasaran ACE merupakan pakar dalam perkhidmatan instrumentasi geoteknikal, cerucuk dan struktur bagi projek pembinaan serta infrastruktur di seluruh Malaysia.

 

Glostrext_DagangNews2026

 

Syarikat berkenaan yang turut menawarkan perkhidmatan di Singapura, terus memperkasakan operasinya melalui inovasi teknologi seperti platform WiNA untuk automasi data bagi pemantauan masa nyata.

 

Tambahnya, berdasarkan kepada laporan tahunan tersebut, keuntungan sesaham (EPS) Glostrext turut meningkat kepada 2.38 sen berbanding hanya kira-kira 1.69 sen pada tahun kewangan yang sebelumnya.

 

"Pengurusan syarikat kekal optimis terhadap prospek masa hadapan dengan sandaran besar kepada perancangan pelbagai projek baharu yang masih teguh di peringkat domestik dan serantau," jelasnya.

 

Kejayaan ini katanya, membuktikan keberkesanan strategi dalam mempelbagaikan aliran hasil melalui perkhidmatan kejuruteraan tenaga dan penggunaan teknologi canggih dalam instrumentasi pembinaan.

 

Glostrext bermula dengan nama Spectest Sdn Bhd pada 1992 sebelum ditubuhkan Glostrext Technology Sdn Bhd pada 2004, dan berpindah dari Kuala Lumpur ke Shah Alam sejak 2020. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved