Pengendali pusat data Singapura beli tanah 89.8 hektar bernilai RM1 bilion di Negeri Sembilan

LocalBusiness & Finance
22 Sep 2026 • 2:23 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pengendali pusat data Singapura beli tanah 89.8 hektar bernilai RM1 bilion di Negeri Sembilan Image from: Pengendali pusat data Singapura beli tanah 89.8 hektar bernilai RM1 bilion di Negeri Sembilan liza22/09/2026 - 14:23 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 22 Sept – Pengendali pusat data dari Singapura, Tera Data Centers membeli dua bidang tanah perindustrian berkeluasan keseluruhan 89.8 hektar (222 ekar) di Eco Business Park 7, Negeri Sembilan dengan nilai RM1 bilion.

 

Tanah itu milik Eco Business Park 7 Sdn Bhd iaitu syarikat usaha sama antara Eco World Development Group Bhd, SD Guthrie Bhd dan NS Corporation, sebuah agensi kerajaan Negeri Sembilan.

 

Bagaimanapun, tiada butiran mengenai projek yang dirancang untuk dibangunkan di atas kedua-dua bidang tanah berkenaan didedahkan setakat ini.

 

Eco Business Park 7 berkata komitmen Tera Data Centers mencerminkan keyakinan terhadap daya saing Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan berteknologi tinggi dan bernilai tinggi.

 

Tera Data Centers yang beribu pejabat di Singapura mempunyai kemudahan pusat data di Indonesia, Thailand dan Malaysia, menurut laman sesawang syarikat berkenaan.

 

Eco Business Park 7 berkata urus niaga itu turut mengukuhkan keupayaan taman perindustrian tersebut untuk menarik pelaburan domestik serta pelaburan langsung asing.

 

Lebih RM800 juta lot industri terjual

Eco Business Park 7 merupakan pembangunan perindustrian pertama yang dilancarkan dalam Parcel C Malaysia Vision Valley 2.0.

 

Sejak projek itu dilancarkan pada November 2025, lebih RM800 juta lot perindustrian dan kilang siap bina telah dijual dalam fasa pertama.

 

Ketua Pegawai Pembangunan Eco Business Park 7, Datuk Ho Kwee Hong berkata lebih RM800 juta nilai lot perindustrian dan kilang siap bina telah terjual sejak pelancaran projek berkenaan.

 

Malaysia Vision Valley 2.0

Malaysia Vision Valley 2.0 ialah projek mega diterajui kerajaan negeri yang merangkumi kawasan seluas kira-kira 153,377 hektar (379,000 ekar) meliputi Seremban, Nilai dan Port Dickson.

 

NS Corporation, badan berkanun yang menerajui pelan induk berkenaan berhasrat menjadikan Malaysia Vision Valley 2.0 sebagai peluasan kawasan ibu negara Kuala Lumpur ke bahagian selatan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved