
SUBANG JAYA: Eco Business Park VII (EBP VII), hab perindustrian bersepadu generasi baharu milik EcoWorld di Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0), menganjurkan forum Business Ascend buat kali kedua bagi membantu syarikat mengenal pasti peluang dan merancang pertumbuhan perniagaan seterusnya.
Forum EcoWorld Connects: Business Ascend Forum yang berlangsung di EX8 itu bertemakan ‘The Next Leap’ dan menghimpunkan pemimpin tiga syarikat tempatan, iaitu Colony, Aerodyne dan Santan.
Ia bertujuan bagi berkongsi pengalaman mengembangkan perniagaan serta persediaan menghadapi fasa pertumbuhan baharu, sekali gus menandakan pembukaan pendaftaran bagi fasa kedua SME Core selepas fasa pertama mendapat sambutan penuh.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif EcoWorld, Liew Tian Xiong berkata, EcoWorld Connects diwujudkan berasaskan prinsip bahawa perniagaan dapat berkembang lebih pantas menerusi kerjasama dan perkongsian pengalaman.
“Maklum balas terhadap forum pertama menunjukkan komuniti perniagaan mahukan lebih banyak platform seperti ini.
“Oleh itu, kali ini kami membawa masuk pemimpin yang telah mengambil langkah seterusnya dalam mengembangkan perniagaan mereka.
“EBP VII direka sebagai ekosistem perniagaan yang menggabungkan ruang, komuniti dan hubungan bagi membantu syarikat melangkah ke fasa seterusnya dengan lebih yakin,” katanya dalam kenyataan.
Forum itu meneruskan inisiatif yang dimulakan pada Disember 2025 sebagai sebahagian daripada usaha EBP VII membangunkan komuniti perniagaan di MVV 2.0.
Sesi perkongsian menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Colony Coworking & Event Spaces, Timothy Tiah, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Aerodyne, Datuk Dr Kamarul A Muhamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Santan, Catherine Goh.
Mereka berkongsi pengalaman mengenal pasti dan merebut peluang yang membantu mengembangkan perniagaan masing-masing sebelum menyertai perbincangan panel mengenai persediaan menghadapi fasa pertumbuhan seterusnya.
Sementara itu, perbincangan itu dikendalikan Ketua Operasi Eco Business Park V dan VII EcoWorld, Clement Liaw.
Program berkenaan dimulakan dengan taklimat mengenai projek EBP VII dan sesi perkongsian pandangan oleh One Credit, rakan kerjasama forum itu.
One Credit turut membuka reruai pameran bersama rakan kerjasama lain, memberi peluang kepada peserta berinteraksi dengan wakil syarikat serta meneruskan perbincangan sepanjang program.
Forum itu diakhiri dengan majlis makan tengah hari dan sesi jaringan menerusi jemputan khas yang menghimpunkan pemimpin perniagaan.
Ia termasuk Ketua Pegawai Eksekutif YYC Group, Datin Yap Shin Siang, Presiden Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Datuk Liew Bin serta Ketua Pegawai Pembangunan EcoWorld bagi Eco Central-North dan Eco Business Park, Datuk Ho Kwee Hong.
EBP VII kini membuka galeri jualannya kepada syarikat yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang mengembangkan operasi di MVV 2.0. – UTUSAN
The post Eco Business Park VII himpun pemimpin industri teroka peluang pertumbuhan appeared first on Utusan Malaysia.





