Econpile peroleh subkontrak RM35.8 juta bagi kerja-kerja cerucuk, substruktur di Jalan Ampang

LocalBusiness & Finance
18 Apr 2025 • 5:40 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Econpile peroleh subkontrak RM35.8 juta bagi kerja-kerja cerucuk, substruktur di Jalan Ampang

image is not available

18/04/2025 - 17:40

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 18 April - Econpile Holdings Bhd menerusi anak syarikatnya, Econpile (M) Sdn Bhd memperoleh subkontrak RM35.8 juta daripada R&C Cergas Teguh Sdn Bhd bagi kerja-kerja cerucuk dan substruktur unit SOHO dan SOVO di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu akan disiapkan dalam tempoh 15 bulan mulai 16 April 2025.

"Projek ini dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan syarikat dari tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 dan seterusnya.

"Tiada risiko ketara yang boleh dijangka selain daripada risiko operasi yang berkaitan projek semasa tempoh kontrak," katanya.

Kumpulan itu berkata, pihak pengurusan akan melaksanakan langkah kawalan dan operasi prosedur untuk mengurangkan kesan atau kemungkinan kejadian tersebut.

Katanya, tiada pengarah atau pemegang saham utama syarikat atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam projek itu. - DagangNews.com

standard