T7 Global dilantik sebagai kontraktor panel Petronas Carigali bagi kerja-kerja kejuruteraan

LocalBusiness & Finance
17 Apr 2025 • 1:21 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

T7 Global dilantik sebagai kontraktor panel Petronas Carigali bagi kerja-kerja kejuruteraan

image is not available

17/04/2025 - 13:21

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 April - Penyedia rumusan tenaga, T7 Global Berhad menerusi Tanjung Offshore Services Sdn Bhd dilantik sebagai kontraktor panel bagi kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) daripada Petronas Carigali Sdn Bhd bagi operasi jarak jauh.

Menerusi pelantikan itu, skop kerja kumpulan itu termasuk kerja-kerja kejuruteraan reka bentuk, pengubahsuaian kemudahan, penyepaduan aset dan pentauliahan sistem.

"Pelantikan itu sah untuk tempoh lima tahun sehingga 2030.

"Sebagai kontraktor panel, T7 Global akan memainkan peranan penting dalam menyokong usaha Petronas mengubah dan mendigitalkan asetnya, satu inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keselamatan dalam operasi luar pesisir," katanya dalam satu kenyataan.

Pengerusi Eksekutif T7 Global, Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani berkata, pelantikan sebagai kontraktor panel itu mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam sektor tenaga.

Beliau berkata, pelantikan itu mencerminkan komitmen Petronas terhadap transformasi digital dan mengukuhkan dedikasi kami terhadap inovasi dan kecemerlangan operasi.

"Kami berharap dapat menyumbang kepada perjalanan transformasi digital Petronas dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.

Beliau berkata, sejak beberapa bulan lalu, T7 Global telah memperoleh beberapa kontrak utama selain kontrak penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian (MCM) dan pelantar jack-up daripada beberapa pelanggan.

Sementara itu, bahagian rumusan industri juga telah dianugerahkan kontrak oleh Kementerian Pertahanan Malaysia untuk menyediakan sistem radar.

"Kontrak ini akan menyediakan aliran tunai yang stabil untuk kumpulan, membentuk asas kewangan yang kukuh untuk menyokong pengembangan berterusan kami dan rancangan pertumbuhan jangka panjang," katanya.- DagangNews.com

featured standard