Ejen Hartanah Didenda RM4,000, Ingkar Arahan Polis Ekori Konvoi TPM

LocalPolitics
8 Oct 2026 • 5:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ejen Hartanah Didenda RM4,000, Ingkar Arahan Polis Ekori Konvoi TPM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Seorang ejen hartanah didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengingkari arahan polis apabila mengekori konvoi yang mengiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menjatuhkan hukuman itu terhadap Bryan Marc Daniel, 27, dan memerintahkan hukuman penjara lapan bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh kemudian membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut didakwa sebagai pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) telah mengingkari arahan pegawai polis dalam melaksanakan tugas di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) dari arah Kajang menghala ke Subang Jaya di sini pada 9.32 pagi, semalam.

Pertuduhan mengikut Seksyen 21(2) Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau hukuman penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farhanah Arul Hisham manakala peguam R. Karnan mewakili tertuduh.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan seorang pemandu SUV mengekori konvoi polis yang sedang mengiringi pergerakan Timbalan Perdana Menteri dari Kajang menghala ke Pusat Perubatan Sunway di Subang Jaya.

Baca juga:

Dalam video itu, seorang anggota polis yang bertugas sebagai juruiring memberi amaran kepada pemandu terbabit agar tidak mengekori konvoi, namun lelaki itu enggan mematuhi arahan sebaliknya terus berbuat demikian.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved