Ekori konvoi TPM: Pemandu SUV didenda RM4,000

LocalPolitics
8 Oct 2026 • 4:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ekori konvoi TPM: Pemandu SUV didenda RM4,000
Tindakan Bryan mengingkari arahan polis dengan mengekori kenderaan dalam konvoi yang mengiringi Timbalan Perdana Menteri mengundang padah apabila dia didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.
Image from: Ekori konvoi TPM: Pemandu SUV didenda RM4,000
Pihak polis membawa Bryan (belakang tengah) ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis.
Image from: Ekori konvoi TPM: Pemandu SUV didenda RM4,000
Video tular memaparkan pemandu terbabit mengekori konvoi polis yang sedang mengiringi pergerakan Timbalan Perdana Menteri dari Kajang menghala ke Pusat Perubatan Sunway di Subang Jaya.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang ejen hartanah mengingkari arahan polis dengan mengekori kenderaan dalam konvoi yang mengiringi Timbalan Perdana Menteri mengundang padah apabila dia didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.

Bryan Marc Daniel, 27, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Izzah Hasan Basri.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara selama lapan bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

**media[3671824]**

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai pemandu kenderaan jenis Honda CR-V telah mengingkari arahan yang diberikan oleh pegawai polis ketika melaksanakan tugas di Lebuhraya Kesas dari arah Kajang ke Subang Jaya pada jam 9.32 pagi 7 Oktober lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21(2) Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farhanah Arul Hisham, manakala tertuduh diwakili peguam, R Karnan.

**media[3671826]**

Sebelum ini, media melaporkan rakaman video tular memaparkan pemandu terbabit mengekori konvoi polis yang sedang mengiringi pergerakan Timbalan Perdana Menteri dari Kajang menghala ke Pusat Perubatan Sunway di Subang Jaya.

Dalam video berkenaan, seorang anggota polis yang bertugas sebagai juruiring dalam konvoi itu memberi amaran kepada pemandu SUV terbabit supaya tidak mengekori konvoi berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki itu enggan mematuhi arahan berkenaan dan terus mengekori konvoi tersebut.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved