Ejen hartanah ekori konvoi TPM didenda RM4,000

LocalPolitics
8 Oct 2026 • 3:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ejen hartanah ekori konvoi TPM didenda RM4,000

KUALA LUMPUR – Padah mengekori konvoi polis yang mengiringi Timbalan Perdana Menteri, seorang lelaki didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Lelaki berusia 27 tahun itu mengaku salah selepas didakwa atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 21(1) Akta Polis 1967 kerana gagal mematuhi arahan anggota polis yang sedang menjalankan tugas.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara lapan bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Kes tersebut susulan kejadian tular membabitkan sebuah Honda CR-V yang mengekori konvoi polis ketika mengiringi Timbalan Perdana Menteri (I) di Kilometer 48.5 Lebuhraya Shah Alam (KESAS), kira-kira pukul 9.32 pagi, semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, tindakan terhadap ejen hartanah itu diambil susulan kejadian berkenaan.

“Semua pengguna jalan raya hendaklah sentiasa mematuhi arahan anggota polis demi menjamin keselamatan konvoi rasmi dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.-KOSMO! ONLINE

The post Ejen hartanah ekori konvoi TPM didenda RM4,000 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved