Ekonomi negara penentu sasaran 30 peratus pendapatan boleh guna 

LocalBusiness & Finance
11 Sep 2026 • 3:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ekonomi negara penentu sasaran 30 peratus pendapatan boleh guna 

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan sasaran supaya setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus pendapatan boleh guna selepas memenuhi keperluan asas bergantung kepada kekuatan ekonomi negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pelbagai masalah ekonomi yang berlaku sepanjang 69 tahun negara merdeka perlu diselesaikan terlebih dahulu bagi mencapai hasrat tersebut.

“Semua ini bergantung kepada kekuatan ekonomi kita. Namun, jika itu agendanya, kita akan melaksanakannya pada masa hadapan.

“Kita juga perlu menyelesaikan banyak masalah yang berlaku dalam ekonomi sepanjang 69 tahun negara merdeka,” katanya ketika ditemui selepas Pembukaan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Johari berkata, banyak perkara perlu diuruskan sebelum sasaran tersebut dapat direalisasikan.

“Ia tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata, sebaliknya merupakan satu proses untuk melihat bagaimana kita membangunkan generasi masa hadapan yang mempunyai ciri-ciri tersebut,” katanya.

Terdahulu, UMNO menggariskan Agenda Malaysia Biru yang mengandungi lapan ikhtiar utama sebagai hala tuju parti untuk membentuk Malaysia menjelang 100 tahun kemerdekaan negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, agenda berkenaan dirangka bagi membentuk Malaysia yang berdaulat dan bersatu, inovatif serta berpendapatan tinggi, selain memastikan rakyat makmur dan saksama serta negara unggul dan disegani dunia.

Antara ikhtiar yang dikemukakan ialah UMNO mahu menjadikan Malaysia sebagai Negara Sejahtera dengan menetapkan sasaran setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus pendapatan boleh guna selepas memenuhi keperluan asas untuk tujuan simpanan, pelaburan dan menikmati kehidupan. –UTUSAN

The post Ekonomi negara penentu sasaran 30 peratus pendapatan boleh guna  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved