Isu pendapatan dan gaji rakyat dijangka diberi perhatian dalam penyediaan Belanjawan 2027, seiring perkembangan ekonomi negara yang semakin positif.

Foto: Berita Harian
Memetik laporan Kosmo, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, peningkatan prestasi ekonomi ketika ini membuka ruang untuk kerajaan memberi tumpuan lebih serius terhadap kedudukan pendapatan rakyat.
Menurut beliau, perbincangan mengenai gaji rakyat tidak lagi wajar diketepikan, malah perlu terus menjadi antara perkara utama dalam agenda Belanjawan akan datang.
“Sudah sampai masanya perbincangan ataupun diskusi berkaitan pendapatan ataupun gaji rakyat kebanyakannya terus diletakkan sebagai keutamaan.
“Jadi, menjadi pengharapan agar dalam Belanjawan ini kita ada keupayaan untuk menyatakan komitmen dari segi bagaimana kedudukan gaji untuk rakyat Malaysia ini kita dapat semak ataupun perbaiki lagi kedudukannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program KL20 di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC), di sini hari ini.
Dalam pada itu, Akmal berkata langkah untuk meningkatkan pendapatan rakyat perlu mengambil kira keupayaan syarikat supaya pertumbuhan gaji dapat bergerak seiring dengan perkembangan sektor ekonomi.
Katanya, peningkatan gaji yang mampan perlu disokong oleh kemampuan sektor perniagaan agar usaha memperkukuh pendapatan rakyat dapat dilaksanakan secara seimbang.
Artikel lain: Belanjawan 2027: KPN mohon RM550.7 juta! Bawa enam inisiatif pembinaan negara bangsa – Aaron Ago
Dalam perkembangan berkaitan, Akmal turut memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Ekonomi memperuntukkan RM25 juta di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bagi penubuhan National Automation, Testing and Equipment (ATE) Campus di Batu Kawan, di sini.
Sumber: Kosmo (Noor Hasliza Nusi)






