Elak spekulasi nahas helikopter, tunggu maklumat sah -PM

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 12:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Elak spekulasi nahas helikopter, tunggu maklumat sah -PM

PETALING JAYA: Semua pihak diminta mengelak daripada membuat sebarang spekulasi dan menunggu maklumat sah daripada pihak berkuasa berhubung nahas heli­kopter yang membawa empat petugas perubatan dan seorang juruterbang terhempas di Kota Marudi, Sarawak semalam. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, malah semua pihak perlu memberikan ruang kepada ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian itu.

Katanya, kerajaan akan memberikan segala bantuan dan sokongan yang diperlukan kepada keluarga mangsa.

“Saya mohon semua pihak memberikan ruang kepada ahli keluarga serta mengelakkan sebarang spekulasi sementara menanti maklumat sah daripada pihak berkuasa.

“Kerajaan akan memberikan segala bantuan dan sokongan yang diperlukan kepada keluarga mangsa, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran Facebook.

Semalam, sebuah heli­kopter yang membawa empat petugas perubatan dan seorang juruterbang terhempas berhampiran Long Lellang Short Takeoff and Landing Port (STOLport), Sarawak kira-kira pukul 3.40 pe­tang semalam. 

Empat petugas perubatan terlibat terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan dua jururawat. 

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau berdukacita menerima berita mengenai nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) yang membawa empat petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seorang juruterbang berhampiran Long Lellang, Sarawak, petang semalam.

“Ingatan serta doa saya dan Azizah bersama keluarga kesemua mangsa yang sedang melalui detik yang begitu berat ini. Moga mereka dikurniakan kekuatan dan ketabahan,” katanya.-UTUSAN

The post Elak spekulasi nahas helikopter, tunggu maklumat sah -PM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved