Eliza akhiri SUKMA 7 emas, rekod kebangsaan

23 Aug 2026 • 8:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Eliza akhiri SUKMA 7 emas, rekod kebangsaan

SHAH ALAM: Perenang sensasi Selangor, Eliza Tan menutup kempen Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 dengan penuh bergaya apabila memecahkan rekod temasya dalam acara 50 meter (m) gaya bebas wanita pada hari terakhir saingan renang di Akuatik Selangor, hari ini.

Atlet berusia 19 tahun itu mencatat 26.44 saat (s) untuk memadam rekod 26.50s milik bekas pemenang emas Sukan SEA, Leung Chii Lin dari Sabah yang bertahan sejak 18 tahun lalu.

Kejayaan itu melengkapkan sapuan bersih Eliza dalam acara pecut gaya bebas selepas sebelum ini turut mengungguli 100m dan 200m gaya bebas, selain muncul juara 100m dengan catatan rekod kebangsaan 56.78s.

“Saya sangat, sangat gembira dengan prestasi saya pada penampilan pertama di Sukma kerana memenangi semua acara individu dengan catatan masa terbaik peribadi.

“Saya sudah bercakap dengan pasukan kebangsaan dan Michael Kinross memaklumkan bahawa saya berada dalam perancangan, jadi saya harap dapat menyertai skuad Malaysia tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas kejohanan, hari ini.

Eliza yang mempunyai latar belakang ibu bapa Australia dan Malaysia turut menambah emas ketujuhnya menerusi acara 4x100m rampaian wanita apabila membantu gandingan Rainne Jie, Khoo Sue Enn dan Shannon Yan mencatat 4:18.87s untuk memecahkan rekod temasya 4:19.79s.

Perenang berkenaan turut menyatakan hasrat untuk terus bekerja keras bagi meningkatkan prestasi selepas pencapaian luar biasa di SUKMA kali ini, terutama dalam usaha memburu tempat ke skuad negara bagi Sukan SEA Malaysia.

Kejayaan skuad renang Selangor membantu tuan rumah muncul juara keseluruhan acara renang dengan kutipan 20 emas, tujuh perak dan 11 gangsa, sekali gus menamatkan penantian 10 tahun untuk kembali menguasai saingan dalam kolam.

Dalam pada itu, pada hari terakhir turut menyaksikan beberapa rekod baharu tercipta, Tong Yu Jing dari Pulau Pinang menjadi lelaki pertama dalam sejarah SUKMA yang mencatat masa bawah 23 saat bagi acara 50m gaya bebas apabila merekodkan 22.83s untuk memadam rekod miliknya sendiri 23.06s yang dilakukan dua tahun lalu.

Kelly Yao Teo menghadiahkan satu-satunya emas renang buat Sarawak selepas menjuarai 1,500m gaya bebas wanita dalam masa 17:55.82s untuk memecahkan rekod temasya miliknya 17:56.21s,

Chong Xin Lin dari Wilayah Persekutuan turut melengkapkan sapuan bersih acara kuak lentang dengan memecahkan rekod 100m menerusi catatan 1:03.70s.

The post Eliza akhiri SUKMA 7 emas, rekod kebangsaan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved