Selangor tutup renang dengan emas, rekod baharu 4x100 meter rampaian wanita

23 Aug 2026 • 8:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor tutup renang dengan emas, rekod baharu 4x100 meter rampaian wanita

SHAH ALAM, 23 OGOS: Kuartet 4x100 meter rampaian wanita Selangor menutup saingan renang Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 dengan bergaya apabila meraih pingat emas serta mencipta rekod baharu temasya, hari ini.

Dibarisi Rainne Foo Jie Xin, Khoo Sue Enn, Shannon Tan Yang-Qing dan Eliza Tai Ai Shen, kuartet Selangor mencatat masa 4:18.87 saat untuk memadam rekod lama 4:19.79 saat.

Pingat perak menjadi milik Wilayah Persekutuan dengan catatan 4:21.78 saat, manakala Perak meraih gangsa selepas merekodkan 4:26.79 saat.

Kejayaan itu turut melengkapkan kempen cemerlang Shannon apabila meraih emas kelapan peribadi sepanjang temasya kali ini.

Perenang muda Selangor itu sebelum ini tampil konsisten dalam beberapa acara individu dan berpasukan, sekali gus menjadi antara penyumbang utama emas kem renang negeri.

Sementara itu, kuartet 4x100 meter rampaian lelaki Selangor terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mencatat 3:48.62 saat.

Pasukan yang dibarisi Daniel Scott Williams, Cayden Gooi, Goh Li Hen dan Goh Li Jie ketinggalan di belakang Wilayah Persekutuan yang meraih emas dengan catatan 3:47.90 saat.

Pulau Pinang pula membawa pulang gangsa selepas merekodkan 3:50.31 saat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved