Elon Musk Mengatakan Bakal Memulakan Ujian X Money Seawal Bulan April

WorldTechnology
11 Mar 2026 • 5:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Elon Musk sedia menyasarkan untuk menjadikan X sebagai aplikasi semua-dalam-satu seumpama WeChat di China. Salah satu langkah untuk menjayakannya adalah integrasi komponen kewangan. Selari dengannya, X sedia melakukan ujian X Money sejak sebelum ini di Amerika Syarikat.

Terbaru, Elon Musk mengatakan X Money akan memasuki fasa ujian awam bermula bulan April 2026 ini. Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pengguna melakukan pembayaran atau penghantaran wang dengan mudah melalui aplikasi berkenaan.

Langkah ini juga dijangka secara tidak langsung membawa kepada bentuk pendapatan baharu bagi X, yang kini dimiliki SpaceX. Berkemungkinan besar, penawaran X Money akan terhad di beberapa buah negara sahaja, dan tidak diketahui akan ditawarkan di Malaysia atau tidak.

— Elon Musk (@elonmusk) March 10, 2026