

GEORGE TOWN – Empat unit kedai berhampiran kawasan tumpuan pelancongan di Chew Jetty di sini musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.08 pagi.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai dengan bantuan BBP Jalan Perak dikerahkan ke lokasi dan jentera pertama tiba di lokasi tiga minit kemudian sebelum mendapati kebakaran melibatkan empat unit kedai Kelas B.
“Setiap premis dianggarkan berkeluasan 60 x 60 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan semasa sebanyak 70 peratus. Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 1.42 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya. -KOSMO! ONLINE
The post Empat kedai di Chew Jetty musnah terbakar appeared first on Kosmo Digital.






