Empat rumah, surau terbakar di Kampung Dato Keramat

3 Sep 2026 • 9:54 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Empat rumah, surau terbakar di Kampung Dato Keramat

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat rumah dan sebuah surau terbakar dalam kejadian di Lorong Keramat 4, Kampung Dato Keramat, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran rumah menerusi talian NG999 pada pukul 3.10 pagi sebelum menggerakkan jentera ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dengan bantuan BBP Setapak, BBP Keramat dan BBP Titiwangsa, membabitkan kekuatan 30 anggota.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati berlaku kebakaran melibatkan empat buah rumah dengan anggaran kebakaran antara dua hingga 100 peratus,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, sebuah surau turut terbakar 40 peratus, manakala rumah keempat hanya membabitkan dua unit penghawa dingin yang terkesan.

“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.30 pagi. Punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Penyiasatan Kebakaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Empat rumah, surau terbakar di Kampung Dato Keramat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved