
BESUT – Seorang lelaki yang berada dalam pengaruh dadah ditahan polis bagi membantu siasat memperkosa dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan tirinya, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md. Sani Md. Salleh berkata, penangkapan itu berikutan aduan dibuat remaja perempuan berusia 13 tahun tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di sini.
“Mangsa mendakwa dirogol dan diperlakukan secara amang seksual oleh bapa tirinya.
“Sehubungan itu, lelaki berusia 40 tahun itu telah diberkas di sebuah rumah di Kampung Raja, di sini pada pukul 11.50 pagi, semalam bagi membantu siasatan,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.
Md. Sani berkata, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphitamine.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanal 2017.
“Kesalahan seksual terhadap kanak-kanak amat dipandang serius. Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki khayal pil kuda disyaki ‘sentuh’ anak tiri appeared first on Kosmo Digital.






