Empat lelaki warga Myanmar ditahan bantu siasatan bayi lelaki meninggal dunia

9 Oct 2026 • 9:42 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Empat lelaki warga Myanmar ditahan bantu siasatan bayi lelaki meninggal dunia

MELAKA, 9 OKT: Polis menahan empat warga Myanmar bagi membantu siasatan kes kematian bayi lelaki berusia setahun yang disyaki diabaikan sehingga mendatangkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata kesemua suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita warga Myanmar termasuk ibu mangsa yang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan di dua lokasi, iaitu di Jalan Melati, Banda Hilir dan Pulau Melaka antara 1.30 tengah hari hingga 6 petang semalam.

"Polis menerima laporan seorang bayi lelaki warga Myanmar berusia setahun disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka kira-kira 4 petang pada Rabu yang dibuat seorang doktor di hospital itu.

"Pada awalnya ibu mangsa mendakwa anaknya meninggal dunia akibat sawan, namun hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan fizikal," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved