Dakwa anak maut kerana sawan, bedah siasat dedah kecederaan fizikal

9 Oct 2026 • 9:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dakwa anak maut kerana sawan, bedah siasat dedah kecederaan fizikal
Seorang bayi lelaki berusia setahun disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka kira-kira jam 4 petang pada Rabu. Foto Bernama

MELAKA - Polis menahan empat individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi lelaki berusia satu tahun yang disyaki diabaikan sehingga mendatangkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita warga Myanmar termasuk ibu mangsa yang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan di dua lokasi, iaitu di Jalan Melati, Banda Hilir dan Pulau Melaka antara jam 1.30 petang hingga 6 petang pada Khamis.

"Polis menerima laporan seorang bayi lelaki warga Myanmar berusia setahun disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka kira-kira jam 4 petang pada Rabu yang dibuat seorang doktor di hospital itu.

"Pada awalnya ibu mangsa mendakwa anaknya meninggal dunia akibat sawan, namun hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan fizikal," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved