
KOTA KINABALU — Empat lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta di Jalan Sepanggar berhampiran Taman Jaya Diri, Sepanggar awal pagi tadi.
Tiga mangsa dikenal pasti sebagai Ryanniel Robin, 23; Nicholas Thomas, 24, dan Axelord Nigel Alexander, 21, manakala identiti seorang lagi mangsa masih belum diperoleh.
Dalam kejadian pukul 2.10 pagi itu Perodua Viva dinaiki semua mangsa terbabit dipercayai terbabas sebelum merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan.
Difahamkan akibat pelanggaran itu, lori berkenaan dipercayai terdorong sebelum merempuh tiga lagi kenderaan yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian.
Kesemua mangsa tersepit di dalam kereta sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mereka.
Keempat-empat mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
The post Empat maut, kereta langgar lori tepi jalan appeared first on Kosmo Online.






