Empat maut nahas di Gerik: Jenazah Al Zubair selamat dikebumikan

5 Oct 2026 • 7:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Empat maut nahas di Gerik: Jenazah Al Zubair selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Isnin. - FOTO: Bernama

KOTA BHARU - Jenazah Allahyarham Al Zubair Deraman, 31, yang maut dalam kemalangan di Gerik, Perak paad Ahad, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Pulau Panjang, Pengkalan Chepa di sini pada Isnin. 

Terdahulu, jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Mukim Kampung Tok Sadang di sini selepas tiba dari Hospital Taiping, Perak pada 4.30 petang tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut nahas di Gerik: Polis sahkan identiti mangsa

[VIDEO] 'Budak perempuan itu masih bergerak' - Pemandu lori saksi detik pilu nahas ragut empat nyawa

Empat maut nahas di Gerik: Perodua Axia hilang kawalan sebelum rempuh lori - Polis

Proses bedah siasat empat mangsa kemalangan maut di Gerik selesai

Lebih 100 orang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Abang sulungnya, Mohd Zaruda Deraman, 50, berkata, adik bongsunya itu sangat rapat dengan adik-beradik lain selain tidak mempunyai sebarang masalah dengan rakan-rakannya.

"Tiada perubahan terhadap adik saya dan dia seorang yang bersikap terbuka. Jika rakannya mengajak ke mana-mana, dia akan ikut.

"Kami tidak risau kerana dia sudah dewasa dan tidak mempunyai sebarang masalah lain,” katanya kepada pemberita di tanah perkuburan Islam berkenaan di sini pada Isnin. 

Pada Ahad, empat individu, termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam kemalangan dipercayai berpunca daripada kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum merempuh bahagian hadapan lori di Kilometer 38.5, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, berhampiran kawasan Tasik Banding, Gerik.

Kemalangan pada 1.30 tengah hari itu membabitkan tiga kenderaan iaitu lori Hino, Proton Persona dan Perodua Axia.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintenden Abdul Samad Othman dalam maklum balas ringkas kepada Bernama mengesahkan tiga mangsa itu ialah Al Zubair Deraman, 31; Tuan Shazrin Tuan Mud, 40; dan Mohamad Hafiz Daniel Nik Hairey, 19.

Bagaimanapun, identiti mangsa kanak-kanak perempuan itu belum dapat disahkan, manakala seorang lagi mangsa yang cedera ialah Mohammad Shiraz Hammani Abdul Fattah, 9.

Beliau turut mengesahkan kesemua mangsa beralamat di Kota Bharu, Kelantan. = Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved