Empat maut Perodua Viva rempuh lori

27 Sep 2026 • 7:48 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Empat maut Perodua Viva rempuh lori
Empat lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan dalam kejadian berhampiran Taman Jaya Diri Jalan Sepanggar,
Image from: Empat maut Perodua Viva rempuh lori
Kesemua mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi.
Image from: Empat maut Perodua Viva rempuh lori
Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.37 pagi.

KOTA KINABALU - Empat lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan dalam kejadian berhampiran Taman Jaya Diri Jalan Sepanggar, di sini, pada awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Mohd Hannis Moktar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.37 pagi.

**media[3659903]**

Katanya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 20 kilometer dari BBP Kota Kinabalu.

"Sebaik tiba di lokasi, kemalangan didapati melibatkan sebuah Perodua Viva yang terbabas sendiri lalu melanggar sebuah lori lima tan yang diletakkan di bahu jalan.

"Terdapat empat mangsa terlibat dilaporkan tersepit di dalam kenderaan Perodua Viva tersebut dan pasukan bomba segera bertindak mengeluarkan kesemua mangsa menggunakan peralatan khas," katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, kesemua mangsa berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba.

**media[3659904]**

"Semua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dan seterusnya mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Mohd Hannis berkata, operasi ditamatkan pada jam 3.55 pagi selepas pihaknya memastikan tiada bahaya lain di lokasi tersebut.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved