Empat maut, seorang kanak-kanak cedera dalam kejadian pokok tumbang di Bentong

3 Aug 2026 • 5:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Empat maut, seorang kanak-kanak cedera dalam kejadian pokok tumbang di Bentong

Kesemua mangsa berada di dalam sebuah kenderaan jenis Ford Raptor.

KUANTAN: Empat individu maut, manakala seorang kanak-kanak cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Lama Kuala Lumpur menuju ke Pintu Gerbang Janda Baik, Bentong, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada kira-kira 12.30 tengah hari.

Beliau berkata ketika kejadian kesemua mangsa berada di dalam sebuah kenderaan jenis Ford Raptor.

“Mangsa yang maut ialah pemandu lelaki berusia 35 tahun, seorang wanita berusia 36 tahun yang merupakan penumpang hadapan bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipangkunya, serta seorang lagi lelaki berusia 40 tahun yang duduk di bahagian belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia lima tahun berada di tempat duduk belakang cedera dan dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan.

“Kanak-kanak itu dipercayai merupakan kembar kepada kanak-kanak yang maut berdasarkan identiti yang ditemukan,” katanya.

Zaiham berkata kesemua mayat dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk proses bedah siasat.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati empat daripada lima individu yang berada di dalam kenderaan itu merupakan ahli keluarga, manakala hubungan pemandu dengan mereka masih belum dapat dipastikan.

Selain itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Janda Baik dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Bentong telah mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan berkenaan menggunakan peralatan khas resque tool.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved