Remaja maut, lima ahli keluarga cedera Wira rempuh pokok

24 Oct 2026 • 8:47 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Remaja maut, lima ahli keluarga cedera Wira rempuh pokok

BATU PAHAT – Seorang remaja maut manakala lima ahli keluarganya cedera selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebatang pokok berhampiran Surau Kampung Jalan Baru, Simpang 5 di sini malam tadi.

Mangsa yang maut ialah Putera Muhaimin Qudrat Mohd Noor Wandi, 16, yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Zulmazi Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.16 malam.

Katanya, lima mangsa yang cedera terdiri daripada tiga beradik iaitu Puteri Nur Fairuza Balqis, 15, Putera Khairunas, 11, Putera Aidin Firdaus, 3. Mereka ialah adik kepada Putera Muhaimin.

Dua lagi mangsa ialah Nor Azlan Shaharudin, 27, dan Rahmah A. Rahim, 26.

“Kelima-lima mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zulmazi berkata, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

 

The post Remaja maut, lima ahli keluarga cedera Wira rempuh pokok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved