Empat Maut, Tiga Cedera Dalam Nahas Helikopter Di Dagestan, Rusia

8 Nov 2025 • 12:47 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Empat Maut, Tiga Cedera Dalam Nahas Helikopter Di Dagestan, Rusia

MAKHACHKALA (Rusia),(Bernama) — Empat orang dilaporkan maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas helikopter di republik Dagestan, Rusia, menurut data awal yang dikeluarkan oleh Ketua Pusat Pengurusan Wilayah, Israfil Israfilov, pada Jumaat, lapor RIA Novosti.

“Menurut maklumat awal yang diperoleh setakat ini, empat orang maut dan tiga cedera akibat nahas helikopter itu,” kata Israfilov.

Dua daripada mangsa nahas helikopter berada dalam keadaan  sangat kritikal manakala seorang lagi dilaporkan parah, tambah Israfilov.

Sumber: Bernama