
KOTA TINGGI: Hasrat sekumpulan remaja membantu seorang rakan yang lemas bertukar tragedi apabila empat daripada mereka dilaporkan hilang di perairan Tanjung Lompat, di sini, pagi tadi.
Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, kesemua mereka seramai 16 orang pergi ke laut berkenaan untuk berkhemah sejak semalam.
Katanya, kejadian berlaku secara tiba-tiba ketika mereka sedang mandi di kawasan pantai sebelum salah seorang rakan hanyut ke kawasan lebih dalam.
“Pagi tadi kami pergi berendam sekejap. Kemudian seorang daripada kami pergi mandi di kawasan yang agak jauh sikit, apabila kami panggil, dia tidak mendengar.
“Jadi kami biarkan, tetapi apabila kami pandang semula, kami lihat dia sudah terkapai-kapai, beberapa rakan lain cuba beri bantuan namun arus laut yang kuat menyebabkan situasi menjadi luar kawalan
“Kami terus jerit minta tolong. Ramai yang pergi untuk bantu, tetapi semakin ramai pula yang turut lemas dan tenggelam,” katanya.
Tambah remaja itu, itu merupakan kali pertama mereka merancang untuk berkhemah di tepi pantai berbanding pertemuan-pertemuan kecil sesama mereka sebelum ini.-UTUSAN
The post Hasrat bantu seorang rakan, beberapa yang lain turut lemas – kawan mangsa appeared first on Utusan Malaysia.






