Empat selamat rumah dihempap pokok

LocalEnvironment
17 Nov 2026 • 3:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Empat selamat rumah dihempap pokok

GOPENG – Empat beranak terselamat apabila rumah mereka dihempap pokok rambutan dan manggis yang menyebabkan dapur mereka ranap dalam kejadian di Kampung Kota Bharu di sini semalam.

Syed Abdul Halim Syed Hussain, 52, berkata, kejadian tersebut berlaku ketika hujan lebat.

“Mujur semasa kejadian, saya , isteri dan dua orang anak tiada di rumah kerana bekerja jika tidak tahulah apa nasib kami.

“Angin kencang dan hujan setiap hari. Risau juga mujur rumah pusaka peninggalan keluarga tinggi dan sekiranya banjir kilat berlaku hanya tandas serta bilik air yang terjejas,” katanya di sini hari ini.

Dia tidak dapat menganggarkan kerugian yang dialami tetapi reda dengan apa yang berlaku.

Setakat ini, Sekolah Kebangsaan Kota Bharu dijadikan tempat pusat pemindahan sementara (PPS) dengan menempatkan 23 mangsa banjir melibatkan sembilan keluarga.

The post Empat selamat rumah dihempap pokok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved