Tanah runtuh: Dentuman kuat, rupanya dinding rumah roboh

LocalEnvironment
16 Nov 2026 • 8:28 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tanah runtuh: Dentuman kuat, rupanya dinding rumah roboh

BAGAN SERAI: Seorang penduduk di Kampung Bukit Merah, Semanggol di sini tidak menyangka bunyi dentuman kuat dari belakang rumahnya petang semalam adalah merupakan ekoran tanah runtuh yang mengakibatkan sebahagian dinding rumahnya dihempap pokok.

Muhammad Ridzwan Suhaimi, 19, berkata, kejadian kira-kira pukul 5.30 petang ketika hujan lebat itu turut menyebabkan air bercampur lumpur dari lereng bukit mengalir deras masuk ke dalam rumahnya.

“Saya nampak dinding belakang rumah sudah roboh ditimpa pokok. Air berlumpur pula mengalir deras masuk ke dalam rumah,” katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, kejadian itu merupakan pertama kali dialaminya dan keluarga sejak tinggal di situ.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan polis menasihatkan penduduk di sekitar dan kawasan terjejas berpindah ke pusat pemindahan sementara kerana dikhuatiri akan berlaku pergerakan tanah susulan. – UTUSAN

The post Tanah runtuh: Dentuman kuat, rupanya dinding rumah roboh appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved