
KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Suspek yang terlibat dalam kes menyimbah petrol dan membakar seorang wanita di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong pada 9 Ogos lalu ditahan polis hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul Supt Jasni Zolpa ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.
“Ya, suspek sudah ditahan dan sidang media akan diadakan esok,” katanya.
Pada 9 Ogos lalu, seorang wanita warga emas melecur kira-kira 50 peratus pada badan selepas disimbah cecair dipercayai petrol dan dibakar di premis berkenaan.
Jasni berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 8 pagi yang memaklumkan mangsa berusia 62 tahun dan bekerja sebagai penjaga kaunter premis berkenaan, diserang seorang lelaki yang tidak dikenali.






