Kes culik dua warga asing: Enam individu direman tujuh hari

8 Aug 2026 • 9:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kes culik dua warga asing: Enam individu direman tujuh hari

KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Enam individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes penculikan dua warga asing di Alor Setar, Kedah, kini direman tujuh hari bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar ketika dihubungi berkata mereka terdiri daripada seorang lelaki tempatan serta empat lelaki dan seorang wanita warga asing berusia lingkungan 20-an hingga 40-an yang ditahan sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

“Kesemuanya direman hingga 14 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 kerana menculik untuk wang tebusan,” katanya.

Semalam, dua lelaki dipercayai warga asing maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis ketika operasi menyelamatkan dua mangsa culik di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar, kira-kira 8.40 malam.

Dalam operasi itu, polis turut menyelamatkan dua mangsa culik iaitu seorang lelaki dan wanita warga asing masing-masing berusia lingkungan 70-an dan 30-an yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup serta tangan bergari.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved