
PETALING JAYA: Enam kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 7 pagi tadi.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU tidak sihat tertinggi direkodkan di Serian (183), Kuching (178), Sri Aman (172), Samarahan (162), Sarikei (152) dan Sibu (114).
Sebanyak 52 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berada pada tahap sederhana, manakala 10 lokasi di Semenanjung merekodkan bacaan IPU baik.
Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, 301-400 berbahaya, 401-500 sangat bahaya dan lebih 501 kecemasan.-UTUSAN.
The post Enam kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat appeared first on Utusan Malaysia.





