Ribut petir landa Sarawak, Sabah

LocalEnvironment
20 Aug 2026 • 10:03 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ribut petir landa Sarawak, Sabah

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga pukul 11 pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, amaran berkenaan melibatkan beberapa kawasan di Sarawak iaitu Betong (Saratok), Sarikei, Mukah (Daro, Matu, Mukah dan Dalat), Miri (Beluru dan Marudi), Limbang, Kapit (Belaga) serta Bintulu (Tatau).

“Di Sabah pula, kawasan yang terlibat ialah Pedalaman membabitkan Kuala Penyu, Beaufort dan Membakut, selain Pantai Barat iaitu Papar, Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu.

“Amaran turut melibatkan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

The post Ribut petir landa Sarawak, Sabah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved