Enam penjawat awam, 4 ejen direman kes dokumen palsu tukar hak milik

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 1:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Enam penjawat awam, 4 ejen direman kes dokumen palsu tukar hak milik

IPOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan reman 11 individu termasuk enam penjawat awam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukakan dokumen palsu dalam urusan pertukaran hak milik kenderaan.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Norizan Riduan terhadap tujuh lelaki dan empat wanita berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun di Mahkamah Majistret Ipoh, di sini hari ini.

Majistret Norizan membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman kesemua individu berkenaan bermula hari ini hingga Isnin depan.

Tempoh reman itu dipohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas kesemua suspek mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, semua suspek yang dibawa menaiki kenderaan SPRM tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.15 pagi sebelum dibawa keluar pada pukul 11 pagi.

Semalam, kesemua suspek yang terdiri daripada lima ejen dan enam anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu ditahan kira-kira pukul 10.00 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perak.

Menurut sumber, kesemua individu yang ditahan itu disyaki berpakat mengemukakan dokumen palsu dalam urusan pertukaran hak milik kenderaan yang melibatkan 16 nombor pendaftaran kepada JPJ.

Katanya, siasatan awal mendapati perbuatan tersebut dipercayai berlaku sekitar tahun 2025, dengan ejen-ejen berkenaan disyaki berpakat dengan penjawat awam bagi mengemukakan dokumen palsu.

“Dokumen palsu itu dipercayai digunakan bagi membolehkan proses pertukaran hak milik kenderaan dilakukan secara tidak sah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Enam penjawat awam, 4 ejen direman kes dokumen palsu tukar hak milik appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved