
PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tujuh individu termasuk empat penjawat awam kerana disyaki merasuah pegawai pihak berkuasa di sebuah pelabuhan di Sabah sebagai balasan melepaskan pemeriksaan ayam sejuk beku yang diimport secara tidak sah.
Perintah reman selama tiga hari sehingga 15 Ogos 2026 terhadap kesemua suspek telah dikeluarkan Majistret Marilyn Kelvin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pagi tadi.
Menurut sumber, operasi dijalankan menerusi oleh Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sabah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sabah semalam.
“Sebanyak 10 kontena ayam sejuk beku telah disita yang dipercayai diimport dari China dan Poland secara tidak sah,” katanya hari ini.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE
The post Import ayam sejuk beku: 7 individu direman termasuk penjawat awam appeared first on Kosmo Digital.




