Enam sindiket dadah tumpas, polis rampas RM37.5 juta

19 Aug 2026 • 4:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Enam sindiket dadah tumpas, polis rampas RM37.5 juta

SHAH ALAM, 19 OGOS: Enam sindiket pengedaran dadah pelbagai jenis berjaya ditumpaskan menerusi enam siri serbuan di sekitar Lembah Klang dan Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara 4 hingga 17 Ogos lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata operasi itu membawa kepada rampasan 96.151 kilogram (kg) bunga ganja, 408.637kg syabu, 87.984kg heroin base dan 7.725kg kokain dengan nilai keseluruhan RM37.5 juta.

Menurutnya, seramai 12 individu terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita berusia antara 22 hingga 54 tahun ditahan dalam operasi berkenaan.

“Tujuh lelaki yang ditahan terdiri daripada seorang warga tempatan dan enam warga asing, manakala lima wanita terdiri daripada dua warga tempatan dan tiga warga asing.

“Tangkapan dan rampasan ini membuktikan kewujudan sindiket pengedaran dadah berskala besar yang aktif dan terancang serta memberi ancaman serius kepada masyarakat,” katanya ketika sidang media di Mes Pegawai IPK Selangor, di sini hari ini, lapor MalaysiaGazette.

Shazeli berkata serbuan pertama pada 4 Ogos lalu dilakukan di sebuah premis di Ampang yang membawa kepada rampasan 150 bungkusan syabu seberat 155kg bernilai RM7.8 juta.

“Serbuan kedua pula pada 10 Ogos lalu di Terminal KLIA apabila polis memeriksa satu bagasi yang dibawa seorang wanita warga asing mengandungi bunga ganja seberat 20.8kg bernilai RM1.66 juta,” katanya.

Menurutnya, serbuan ketiga dan keempat dilakukan di Terminal KLIA pada 15 Ogos lalu yang masing-masing membawa kepada rampasan 32 bungkusan bunga ganja seberat 75.2kg bernilai RM6.03 juta dan 7.7kg kokain bernilai RM1.5 juta.

Operasi diteruskan pada 17 Ogos di kawasan Taman Melawati, Ampang dengan polis merampas 243 bungkusan berisi syabu seberat 252.7kg.

Serbuan itu turut membawa kepada rampasan 234 bungkusan heroin base dengan anggaran keseluruhan rampasan syabu dan heroin base berkenaan bernilai RM19.7 juta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved