Encik Tan Buka Cawangan Pertama Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

LocalFood
7 May 2026 • 2:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Encik Tan Buka Cawangan Pertama Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Encik Tan Buka Cawangan Pertama Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Encik Tan, sebuah jenama Singapura di bawah Kumpulan Fei Siong yang berkonsepkan makanan jalanan Cina yang bersijil halal, secara rasmi telah membuat debut pertama mereka di Malaysia hari ini, dengan cawangan pertama (Lot G17) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang SkyPark).

Usaha menembusi pasaran Malaysia ini merupakan fasa baru dalam perkembangan serantau bagi jenama ini yang telah pun mempunyai 21 cawangan di Singapura dan satu cawangan di Jakarta. 

Cawangan di Malaysia kini sedang melalui proses mendapatkan sijil halal yang mematuhi kriteria Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan segala penyediaan menu dilakukan dengan penuh teliti menggunakan bahan makanan yang disahkan halal.

Image from: Encik Tan Buka Cawangan Pertama Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Ini adalah untuk memastikan para pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan popular yang dekat di hati dengan penuh keyakinan dan tanpa was was, terutamanya bagi pengguna Muslim yang menginginkan pilihan makanan seharian yang mudah.

Cawangan pertama di Malaysia ini mempunyai keluasan 1,800 kaki persegi dan direka untuk memenuhi sehingga 50 pengunjung. Lengkap dengan hiasan dalaman bergaya kontemporari bersama laluan kaunter yang efisien serta gabungan meja santapan, kerusi berlengan dan meja biasa untuk menyokong keperluan pengunjung yang ingin makan secara santai mahupun dengan segera.

Image from: Encik Tan Buka Cawangan Pertama Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Bertemakan warna jingga dan putih, cawangan ini juga memaparkan lukisan mural yang bercahaya dan kaunter tempahan yang terbuka, lantas mengukuhkan identiti Encik Tan sebagai sebuah jenama hidangan tempatan yang moden dan mudah diakses. 

Cawangan ini beroperasi setiap hari dari 6.30 AM hingga 10.30 PM, dan bermatlamat untuk memenuhi keperluan para pelancong, kakitangan lapangan terbang dan komuniti Subang yang berhampiran. 

Image from: Encik Tan Buka Cawangan Pertama Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Titik Permulaan Strategik 

Lokasi Subang SkyPark ini meletakkan jenama ini di tengah-tengah kawasan bertrafik tinggi dengan pelbagai pengunjung berpotensi yang merangkumi pelancong, kakitangan lapangan terbang dan masyarakat setempat.

Ini juga membolehkan Encik Tan untuk terus menguji dan menambah baik produk di lokasi yang selari dengan apa yang mereka tawarkan iaitu makanan jalanan sesuai untuk sehari-harian dan mudah diakses. 

Pengembangan perniagaan Encik Tan ke Malaysia dikukuhkan lagi dengan perkongsian bersama Bake With Yen (BWY), peruncit bekalan untuk pembuatan kuih terbesar di Malaysia yang mempunyai lebih 3 dekad pengalaman industri dalam sektor makanan dan hospitaliti di seluruh Malaysia.

Image from: Encik Tan Buka Cawangan Pertama Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Kolaborasi ini membolehkan jenama ini untuk memastikan kehadiran yang kukuh dan seterusnya memudahkan mereka untuk berkembang dengan lebih besar di pasaran Malaysia. 

“Subang SkyPark merupakan peluang yang sangat sesuai untuk Encik Tan menembusi pasaran Malaysia. Dari Singapura ke Kuala Lumpur, kita bawakan aneka rasa hidangan jalanan yang diwarisi turun temurun dan digemari ramai. Memang begitu nostalgik dan penuh dengan rasa asli,” kata Encik Tan Kim Siong, Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Fei Siong.

“Pembukaan cawangan ini merintis pengembangan kami ke Malaysia, dan lebih banyak cawangan sedang dirancang untuk bandar-bandar utama seperti Johor dan Kuala Lumpur, selari dengan cita-cita jangka masa panjang kami yang lebih besar.” 

Jenama ini bermatlamat untuk menuju sasaran berjangka panjang mereka untuk berkembang dengan lebih lagi di seluruh Asia Tenggara, dan menembusi pasaran Australia dan United Kingdom. Mereka juga berhasrat untuk mengeluarkan produk sedia dimakan pada suatu hari nanti.

Image from: Encik Tan Buka Cawangan Pertama Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Hidangan Jalanan Cina Yang Popular, Kini Mudah Diakses

Menu Encik Tan merangkumi pelbagai hidangan jalanan Cina yang popular, dan ini termasuk pilihan makanan istimewa seperti nasi yang disajikan bersama kari dan kepingan ayam (Chicken Cutlet Curry Rice) berharga RM15, hidangan yang digemari ramai, dan terkenal dengan kepingan ayamnya yang rangup dan kuah kari yang pekat dan likat. 

Para pelanggan juga boleh mencuba Mi Bebola Ikan (Fishball Noodles) berharga RM13, Mi Udang Hokkien (Prawn Hokkien Mee) berharga RM18, Nasi Claypot Ayam (Claypot Chicken Rice) berharga RM18 dan Mi Istimewa (Signature Noodles) berharga RM20, berserta pelbagai hidangan harian lain yang diinspirasikan oleh juadah klasik jalanan. 

Sejak penubuhan mereka pada 2014, Encik Tan telah membina jumlah pengikut yang besar melalui tawaran makanan mereka dengan hidangan seperti Mi Bebola Ikan yang telah terjual sebanyak 10 juta mangkuk, bersama dengan hidangan nasi yang disajikan kepingan ayam dan kari yang turut terjual sebanyak 1.5 juta pinggan. Pencapaian ini adalah bukti bawah jenama ini sesungguhnya dikenali untuk tawaran hidangan yang memuaskan, mudah untuk dimakan dengan segera dan dikenali ramai. 

Image from: Encik Tan Buka Cawangan Pertama Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Promosi Tempoh Terhad di Restoran 

Untuk menyambut kedatangan rasmi mereka di Malaysia, Encik Tan akan menawarkan minuman percuma bagi setiap pembelian makanan dari 7 sehingga 8 Mei 2026. Para pengunjung boleh memilih di antara Sirap Ros Ais (Iced Rose Syrup), Beri Biru Ais (Iced Blueberry) atau Limau Kasturi Ais (Iced Calamansi) yang bernilai RM6.

Image from: Encik Tan Buka Cawangan Pertama Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Promosi ini sah untuk penumpang yang mempunyai pas masuk (boarding pass), terhad kepada satu tebusan bagi setiap pas, dan juga sah untuk kakitangan lapangan terbang yang memiliki pas kakitangan. 

Terma dan syarat, sementara stok masih ada.