Entah binti Ta’tahu, nama unik wanita warga emas

13 Aug 2026 • 12:57 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Entah binti Ta’tahu, nama unik wanita warga emas

KUALA KRAU – Seorang wanita warga emas mencuri perhatian selepas memiliki nama unik, Entah binti Ta’tahu, yang tertera pada kad pengenalannya.

Wanita berkenaan yang menetap di Kuala Krau, Temerloh, Pahang, berkongsi namanya ketika berbual bersama Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said.

Ismail kemudiannya berkongsi video pertemuan itu menerusi akaun TikTok miliknya, selain menunjukkan kad pengenalan wanita berkenaan yang tertera nama Entah binti Ta’tahu.

“Anak-anak Gen Z tak caya (percaya) bila koi koba (saya bagitahu). Nah Mak Cik Entah bawa keluar IC (kad pengenalan). Nama unik ni satu je dalam Malaysia,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna media sosial  turut berkongsi pengalaman mengenai nama unik dimiliki ahli keluarga mereka.

“Nenek saya nama Sepak binti Tunggul,” kata seorang pengguna. 

Seorang lagi pengguna berkata, neneknya bernama Sampah, manakala seorang saudara lelaki dalam keluarganya pula mempunyai nama Pungut.

Sementara itu, seorang pengguna juga berkongsi cerita mengenai individu yang dikatakan mempunyai nama ‘Entah Tak Tahu’.

“Arwah mak saya pernah cerita ada orang nama ‘Entah Tak Tahu’. Kejadian berlaku sebab jururawat itu tanya nama bayi baru lahir.

“Maknya jawab Entah Tak Tahu. Jadi misi (jururawat) tulis nama Entah binti Tak Tahu.

“Cerita itu dengar waktu kecil, tapi baru sekarang jumpa orangnya. Allahuakbar,” katanya.

@drismailsaid087

Anak2 Gen Z tak caya bila koi kabo. Nah makcik entah bawa keluar IC. Nama unik ni 1 je dalam Malaysia. Hehehe Entah Binti Ta’ Tahu. #dsims #fyp #foryou #hidupbiarberjasa #namaunik

♬ Nujum Pak Belalang Ukulele Tutorial by Azzmeir – Azzmeir Yunadi

The post Entah binti Ta’tahu, nama unik wanita warga emas appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved