EPL: Anderson akui dibayangi kebimbangan

FootballSports
15 Aug 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Anderson akui dibayangi kebimbangan

LONDON – Bintang baharu Manchester City, Elliot Anderson sedang berusaha keras untuk keluar daripada ketakutan bagi memenuhi harapan tinggi yang diberikan oleh kelab dan peminat.

Selepas melengkapkan perpindahan ke Etihad dari Nottingham Forest dengan nilai £116 juta (RM639.7 juta), Anderson mengakui dirinya kini masih lagi dibayangi kebimbangan dan mengakui ‘tanda harga’ yang tinggi memberikan tekanan tambahan kepadanya.

“Sudah pasti tanda harga itu akan sentiasa melekat dengan saya. Namun, selagi saya fokus kepada diri sendiri dan prestasi, sudah pasti semuanya saya mampu lakukan buat pasukan,” katanya.

Pemain berusia 23 tahun itu menyertai Manchester City dengan mengikat kontrak lima tahun dan turut memiliki pilihan lanjutan setahun lagi untuk kekal di Etihad.

Misi utama Anderson ketika ini pastinya menjurus untuk membalas kepercayaan pengurus pasukan, Enzo Maresca dengan menyerlahkan kualiti sebenarnya ketika perlawanan.

“Saya sudah bercakap dengannya dimana saya akan menjadi sebahagian daripada pemain di posisi tengah dan harapannya adalah untuk menghadirkan ketenangan serta kestabilan buat pasukan.

“Fokus saya juga pastinya menjurus untuk menghadirkan keterujaan buat peminat yang pastinya mahu hadir ke stadium memberikan sokongan kepada saya serta mengharapkan kemenangan,” katanya. – AGENSI

The post EPL: Anderson akui dibayangi kebimbangan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved