EPL: Carrick akui keyakinan melonjak

FootballSports
15 Aug 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Carrick akui keyakinan melonjak

LONDON – Pengurus Manchester United, Michael Carrick melaungkan amaran awal dan penuh keyakinan bahawa pasukan itu mampu mencipta momen istimewa untuk saingan musim depan.

Selepas muncul wira dengan membantu The Red Devils kembali ke kancah Liga Juara-Juara, musim depan, Carrick berharap mampu membalas kepercayaan pengurusan pasukan dan mengembalikan United ke tahap terbaik.

Walaupun pesaing lain termasuk pendatang baharu, Coventry City dan Ipswich Town dilihat mengeluarkan belanja melebihi Manchester United pada jendela perpindahan kali ini, Carrick mengakui ia tidak menjejaskan perancangannya untuk pasukan itu.

“Kami mampu mencapai sesuatu yang cukup istimewa. Ia (berbelanja) tidak semestinya boleh membantu, tetapi sudah pasti kami mahu tingkatkan lagi kualiti pasukan.

“Kami tidak ada pilihan apabila kami wajib menambah kemampuan pasukan. Jadi itulah juga yang kami sedang usahakan dan lakukan sekarang,” katanya.

Sebelum ini, The Red Devils sudah pun berjaya membawa masuk beberapa pemain baharu seperti Andrey Santos, Youri Tielemans dan penjaga gol, Karl Darlow, namun Carrick berharap dapat membawa masuk bintang baharu khususnya bagi posisi pertahanan kiri.

“Saya harus katakan, Karl, Andrey dan Youri adalah pemain yang benar-benar seperti yang kami harapkan, tepat seperti yang kami jangkakan dalam setiap aspek.

“Andrey seorang anak muda yang datang dan menyesuaikan diri dengan cara yang dilakukannya, karakter serta keperibadiannya benar-benar seorang yang sangat kami impikan.

“Saya fikir kami sudah memiliki keseimbangan di semua posisi, tetapi kami mahukan lebih baik lagi. Terdapat beberapa posisi yang perlu kami tambah baik bagi meningkatkan lagi kualiti pasukan,” katanya. – AGENSI

The post EPL: Carrick akui keyakinan melonjak appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved