Nasib Hakim Danish Ditentukan Malam Ini, Kekal Moto3 Atau Naik Ke Moto2?

8 Aug 2026 • 3:49 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Nasib Hakim Danish Ditentukan Malam Ini, Kekal Moto3 Atau Naik Ke Moto2?

Nasib pelumba muda Malaysia, Hakim Danish Ramli, dijangka terjawab malam ini apabila pasukannya, MSI Racing Team, bakal membuat pengumuman mengenai barisan pelumba mereka untuk musim seterusnya.

Menurut sumber daripada pengurusan pasukan, keputusan mengenai masa depan Hakim Danish dijangka diketahui pada malam ini sekitar 3-4pm waktu UK

Menariknya, MSI Racing Team turut memberi bayangan menerusi teaser di media sosial mereka mengenai pengumuman pelumba baharu yang juga akan dibuat pada malam ini.

Image from: Nasib Hakim Danish Ditentukan Malam Ini, Kekal Moto3 Atau Naik Ke Moto2?

Berdasarkan waktu Malaysia, pengumuman bagi kategori Moto3 dijadualkan pada jam 11 malam, manakala pengumuman bagi Moto2 pada jam 12 tengah malam.

Situasi ini sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kelas yang bakal disertai Hakim Danish selepas ini.

Antara kemungkinan yang menjadi perhatian adalah sama ada Hakim Danish akan kekal beraksi dalam kategori Moto3 bersama MSI Racing Team, atau membuat langkah lebih besar dengan naik ke kategori Moto2 bersama pasukan yang sama.

Walaupun banyak persoalan mula timbul, sumber daripada pasukan turut memberi gambaran bahawa kemungkinan untuk melihat barisan pasukan yang sama masih terbuka.

Namun begitu, segala spekulasi mengenai kelas dan barisan pelumba masih perlu menunggu pengumuman rasmi daripada ZK Racing mahupun MSI Racing Team.

Jika benar Hakim Danish dinaikkan ke Moto2, ia pastinya menjadi satu lagi langkah besar dalam karier pelumba muda negara itu selepas beberapa musim bersaing di pentas dunia.

Jadi, kita tunggu pengumuman rasmi malam ini.

Moto3 atau Moto2? MSI Racing Team yang sama atau perubahan baharu? Jawapannya bakal diketahui tidak lama lagi.

The post Nasib Hakim Danish Ditentukan Malam Ini, Kekal Moto3 Atau Naik Ke Moto2? appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved