EPL: Chelsea hadapi masalah fokus

Football
20 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Chelsea hadapi masalah fokus

LONDON – Pengurus Chelsea, Xabi Alonso mungkin sedikit lega apabila tempoh rehat aksi antarabangsa memberikannya tempoh tiga minggu untuk memperbaiki prestasi pasukannya.

Pada aksi awal pagi semalam di Stadium Gtech Community, Chelsea menerima tamparan apabila tewas 0-3 kepada Brentford sekali gus menyaksikan mereka sudah melepaskan 12 gol dalam lima perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Chelsea bermula dengan baik musim ini apabila mencatat kemenangan ke atas Fulham dan Brighton, namun berdepan dua kekalahan dan satu seri menyebabkan kredibiliti Alonso diragui untuk membawa The Blues menjadi pencabar kejuaraan.

Alonso mengakui para pemainnya masih gagal mengekalkan fokus sepanjang perlawanan dan perlu menunjukkan konsistensi serta semangat juang yang lebih tinggi.

“Ia mengenai 95 minit. Kami tidak dapat mengekalkan tahap tersebut sepanjang beberapa perlawanan pada awal musim ini dan itu sesuatu yang perlu kami memperbaiki dan menjadikannya lebih baik.

“Kami tahu ini adalah satu proses dan baru lima perlawanan. Dalam EPL yang sangat kompetitif, setiap perlawanan sememangnya amat sukar,” jelasnya.

Alonso berharap beliau mendapat berita baik daripada pasukan perubatannya sebelum perlawanan Chelsea seterusnya menentang Bournemouth di tempat sendiri sebaik saingan liga kembali bersambung.

Tonggak tengah Moises Caicedo yang biasanya berperanan melindungi barisan pertahanan, baru beraksi selama 14 minit setakat musim ini, selain pemain pertahanan Itali, Marco Palestra, langsung belum diturunkan sejak berpindah ke London pada musim panas lalu.

Ketika menanggung kekalahan kepada Brentord awal pagi semalam, Alonso juga kehilangan penyerang Brazil yang sedang berada dalam prestasi terbaik, Joao Pedro turut tidak kelihatan. – AGENSI

The post EPL: Chelsea hadapi masalah fokus appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved