EPL: Chelsea teruskan permulaan sempurna

FootballSports
30 Aug 2026 • 11:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EPL: Chelsea teruskan permulaan sempurna

LONDON – Chelsea memastikan permulaan sempurna dibawah kendalian Xabi Alonso apabila menewaskan Brighton 4-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) penuh dramatik di Stamford Bridge, sebentar tadi.

The Blues tampil garang pada babak pertama apabila melakar kelebihan tiga gol menerusi Romeo Lavia pada minit ke-4, Pedro Neto (m-14) dan bekas penyerang Brighton, Joao Pedro (m-32).

Bagaimanapun, Brighton enggan mengalah apabila Malick Yalcoule merapatkan jurang menjadi 3-1 pada 10 minit sebelum rehat babak pertama.

Brighton kemudian terus menekan dan hanya ketinggalan satu gol selepas rembatan Pascal Gross terkena Joao Pedro sebelum bola menerjah gawang Chelsea yang dikawal oleh penjaga gol baharu, Emiliano Martinez.

Chelsea akhirnya meredakan tekanan apabila meraih gol keempat menerusi Cole Palmer yang melakukan penyudah menarik ke penjuru gawang.

Tersentak dengan gol tersebut, Brighton terus mengasak dan giliran Gross mencetak nama selaku penjaringpada masa kecederaan, tetapi keputusan 4-3 kekal hingga wisel penamat.

Kemenangan itu menyaksikan Chelsea mengumpul enam mata daripada dua perlawanan pertama selepas turut menewaskan Fulham 3-2 pada aksi pembukaan minggu lalu. – AGENSI

The post EPL: Chelsea teruskan permulaan sempurna appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved